Forbidden Planet
Forbidden Planet

Forbidden Planet

Forbidden Planet merupkan filem cereka sains dalam format CinemaScope oleh MGM Eastmancolor yang ditayangkan pada tahun 1956.[1][2] yang diarah oleh Fred M. Wilcox, screenplay oleh Cyril Hume, dan dibintangi oleh Walter Pidgeon, Anne Francis, dan Leslie Nielsen. Forbidden Planet merupakan filem genre cereka sains pertama di mana manusia dipaparkan mengembara dalam kapal bintang yang dibina mereka sendiri.[3] Ia juga merupakan filem cereka sains yang pertama yang sepenuhnya terletak di dunia lain di ruang antara bintang, jauh dari planet Bumi. [4] Forbidden Planet dianggap salah satu filem cereka sains penting tahun 1950, [5] awalan pada apa yang dikenali sebagai genre filem cereka sains pada abad berikutnya. Watak dan suasana terpencil telah dibandingkan dengan watak dalam "The Tempest" karangan William Shakespeare,[6] dan plotnya yang tidak mengandungi cerita analog tertentu dan terdapat merujuk mengenai teori Jung berkenaan kolektif minda bawah sedar.[7]Forbidden Planet menonjolkan ciri kesan khas yang bagi mana A. Arnold Gillespie, Irving G. Ries, dan Wesley C. Miller dicalon bagi Anugerah Academy; ia merupakan pencalonan anugerah utama bagi filem tersebut. Filem ini tuga merupakan penggunaan pertama bagi skor muzik elektronik oleh Louis dan Bebe Barron. Forbidden Planet turut mencirikan Robot Robby, kali pertama robot dalam filem yang berfungsi lebih dari sekadar tin besi mekanikal berkaki; Robby memaparkan personaliti dan merupakan watak sokongan penuh dalam filem tersebut.[8] The movie's supporting cast features Warren Stevens, Jack Kelly, Earl Holliman and James Drury.Filem ini telah dimasukkan ke dalam Daftar Filem Kebangsaan Library of Congress pada tahun 2013, sebagai dianggap penting dari segi "budaya, sejarah, atau estetik." [9]Filem Forbidden Planet mempunyai tempoh tayangan sepanjang 98 minit.

Forbidden Planet

Bahasa Bahasa Inggeris
Pengarah Fred M. Wilcox
Mula ditayangkan 1956
Tempoh tayangan 98 minit.
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh Walter Pidgeon, Anne Francis dan Leslie Nielsen

Rujukan

WikiPedia: Forbidden Planet http://www.allmovie.com/work/18166 http://www.dvdjournal.com/reviews/f/forbiddenplane... http://books.google.com/?id=_YhlAAAAMAAJ&q=%22forb... http://www.imdb.com/title/tt0049223/ http://www.newlinetheatre.com/rttfpchapter.html http://www.rottentomatoes.com/m/%7B%7B%7Bid%7D%7D%... http://whv.warnerbros.com/WHVPORTAL/Portal/product... http://www.washingtonpost.com/entertainment/movies... http://www.tiemposfuturos.es/in/i_opinionCeluloide... http://www.daviddarling.info/encyclopedia/F/ForbPl...